Hukum Nun Mati dan Tanwin : 2. Idghom Dan Iqlab
Di rangkum Oleh :
Fuad Suyatman (Fuad Hasan P. Salman bin Suyatman)
The Craziest and The Most Productive Blogger sekaligus juga
Praktisi Hypnosis solo binaan Ztrongmind -Sebuah Organisasi Hypnosis yang tengah Booming di Blora dan Kota asal Mobil Esemka,Solo
A. Arti Idghom
Idgham( الإدغام ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( يرملون ).
Pembagian Idgom dalam Nun mati dan tanwin ada 2:
a. Idgom bigunnah/maal gunnah
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)( إدغام بغنة ).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو )iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: ( يس والقرآن الحكيم - ن والقلم وما يسطرون ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
hurupnya 4 ; ya, nun, mim dan wau
b. Idgom bila gunnah
Idgham Bila Ghunnah( إدغام بدون غنة )yaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun( من راق )kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan.
hurupnya ada 2 (ra dan lam)
B. IQLAB
1. Ta'rif Iqlab
Iqlab( الإقلاب ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'. Contoh : من بعد, dibaca "MIMM BA'DI"
Kaidah dalam kitan Tuhfatul Atfal:
والثالث الإقلاب عند الباء *** ميما بغنة مع الإخفاء
WATSALITSUL IQLABU INDAL BAAI' * MIMAN BIGUNNATIN MA-AL IKHFAI
SUMBER : :
1. http://ilmutajwid-rizky.blogspot.com/2009/08/hukuman-nun-mati-dan-tanwin-2-idqom.html
2.http://ilmutajwid-rizky.blogspot.com/2009/08/hukuman-nun-mati-dan-tanwin-3-iqlab.html
Kamis, 08 Desember 2011
Hukum Nun Mati dan Tanwin : 2. Idghom dan Iqlab
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar